Tak Nak Berikan Cinta Second-Hand kan?

Susah kan bila kita suka dekat someone tuh, but kita tak kisah langsung pasal rupa and badan dia tetapi sangatlah mengecewakan apabila kita dapat tahu yg dia itu sangat memilih perihal bakal isteri dia! Watdafish?!

Menyesal pon ada bila kita kenal dia.. but kenangan beb! Sape yg senang2 je lupakan kenangan? Angkat tangan or kaki or kening sikit? Haha *bgi penumbuk sedas* #kanDahLebamDah

Now, aku rasa mcm bab cintan cintun waktu sekolah ni x bawa ke mana pon.. walau sesweet mana pon, tak tentu pOn kan dia JODOH kita.. Semuanya terletak di tangan Allah S.W.T..

Sebab nanti bila dah kahwin, kita tentu akan banding2 kan suami kita dgn cinta lama ni.. hmm padahal kekasih lama and suami kita punya darjat jauh berbeza la sayang.. tak adil kita bandingkan suami kita dengan orang yang kita pernah jalinkan hubungan yang haram dengan dia..

Kita tentu nakkan kenangan yg sweet2 dengan husband kita kan? Kalau kita dah sweet2 dgn org lain yg bukan mahram kita, tak rasa macam kita ni barang second-hand bgi husband kita sbb kita dah pon bgi sweet2 tu dkt org lain, lepas tu husband kita dpt yg dah guna dah and ambil yang saki baki tu.. Itulah lumrah barang second-hand kan?

And bila kita dah kahwin, ada dua contoh situasi yang akan berlaku.. First, bila kita berjaya mengekalkan hubungan "couple" kita hingga ke jenjang pelamin.. Kita akan mudah rasa was-was dgn husband kita kalau dia selalu duduk sorang2.. Kita mesti terfikir, "Ish, abang ni.. Duduk lama sangat sorang2 tu dah kenapa.. Pegang fon lagi.. Waktu dulu pun dia berani mengorat aku, tak mustahil kalau dia cuba nak mengorat anak dara orang lain pulak.. " #contohJe

The second one, bila kita tiada hubungan apa2 sebelum kahwin aka bercinta selepas nikah.. Bukan kahwin! Sebab kita akan rasa nikmat pertama cinta selepas kahwin apabila kita mengucup dahinya di dalam masjid di hadapan ibu bapa kita sendiri selepas selesainya akad nikah.. bukankah lebih indah & halal? Wooo.. haha.. faham tak analogi akak? Haha, kalau tak faham, tanyalah ehh..

Haha rasa macam bagi tazkirah pulak.. takpalah.. Kak Sara ni memang Badar pon kat sekolah lama.. Dakwah Islamiah tetap harus dijalankan walaupo  sudah melangkahkan kaki keluar dari bumi Syed Putra.. haha..

Okay, Assalamualaikum! ❤ :)

Comments